Pada suatu hari, seorang gadis yang telah merasa begitu kecewa terhadap dunia, pergi bertemu dengan seorang ahli sihir. Dia ingin mengubah dirinya. Lantaran terlalu terluka, dia tidak mahu lagi menjadi manusia. Dia tidak mahu lagi berperasaan...
Lantas ahli sihir pun menunaikan hajatnya. Dia menukar si gadis menjadi seekor ikan duyung. Setelah berubah, ikan duyung tidak pernah lagi ke darat. Dia membina sebuah istana, jauh di dasar laut, di mana tidak ada seorang manusia pun yang mampu menemuinya. Dia memahirkan diri, menjadi pembohong terulung. Menyesatkan para pelaut dengan suaranya yang merdu.
Pada suatu malam, sewaktu merehatkan diri di tepi pantai, di bawah sinar bulan purnama, dia memandang ke arah jutaan bintang dengan renungan yang tidak pernah diberikan sebelum ini. Dia melihat aneh. Dan dia mula terfikir.
"Bintang-bintang itu begitu indah. Dan ia sentiasa berada di sana. Tidak pernah melarikan diri. Tapi mengapa kerlipannya hanya bisa dilihat pada malam hari? Dan ia tidak pernah memilih siapa yang ia sinari. Tidak pernah peduli siapa yang menghargai. Ia tetap dengan kerlipannya yang abadi..."
Satu perasaan tajam menusuk jauh ke kalbu ikan duyung. Air mata yang selama ini disangkanya sudah tiada, menitis perlahan di pipi. Membenarkan segala rasa yang selama ini cuba dikuburkan tanpa nisan.
Dia rindu. Sebenarnya dia masih ingin menjadi manusia. Lantas dia kembali mencari ahli sihir dahulu. Tapi sayang. Ahli sihir itu telah pergi tanpa kesan.
Lalu untuk mengubat kerinduannya, setiap malam, sang duyung akan ke tepi pantai. Bernyanyi dan berharap di bawah sinar bulan purnama, bahawa suatu waktu, akan ada seseorang yang datang, membatalkan sumpahan, dan menjadikan dia, seorang manusia semula...

ash komikiwa